Followers

 Add Me Follow Me

Monday, May 5, 2014

Terima Kasih Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Salam,semoga kalian dirahmati Allah. Lama rasanya dah tinggal zaman blog2 ni disebabkan dah makin maju dengan FB,IG,Whatsapp dan seumpaman dengannya. Nasib la ingat lagi passwod dengan id nak buka blog ni. Walapun dah bertapak sejak 2010 tapi blog ini masih kosong dengan pengisian yang lebih baik. Pernah dulu2 zaman gila blog pulun buat macam2 konon2 nak glamer macam hanis zulaika, yuyu, cik epal, fatin liyana.

Alhamdulillah, post2 yg sebelum ni dah didelete kerana rasanya tidak bermanfaat langsung. Apa yang buat saya nak menulis semula ni. Baiklah.. ceritanya bergini.


Suatu hari ayah bagi sebuah buku yg sekarang ni meletop2. Buku bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki. Macam biasa, saya si ulat bulu yang sangat tidak suka membaca mengabaikan sahaja sampailah pada hri ini terdetik nak buka buku tu tapi versi mini yang dihadiahkan oleh seorang kawan. Dalam hati ..ok boleh la baca, buku kecik ni larat la nak baca.


Bila selak satu persatu bab-bab yang ada, Allah terasa ruginya..kenapa dari dulu xbaca. Patutlah bila baca rasa diri ini sangat kerdil, sangat buta akan segala nikmat yang pernah ada. Sedang sekarang ini Allah uji, barulah tercari2 buku2 agama, kisah2 agama, video agama.. Kalau dulu, usah dicerita...


Sekadar perkongsian di sini, setiap ahli keluarga wajib ada buku ini. Apa yang saya dapat dalam bacaan buku ini adalah seperti berikut :


 Cara Menjemput Rezeki


1. Utamakan Allah, jgn letak Allah num 2 tapi usaha num 1

2. Solat Dhuha 4 rakaat
3. Jaga solat- awal waktu, berjemaah
4. Bersungguh2
5. Betulkan niat mencari rezeki
6. Sedekah
7. Redha ibu ayah
8. Jaga hubungan suami isteri
9. Tidak mengumpat/mengata
10. Tidak mencuri/menipu
11. Bebas hutang
12. Buat apa yg Allah suka, tinggal apa yang Allah larang
13. Solat Tahajud
14. Amalan surah Al-Fatihah

Ini sekadar perkongsian daripada pembacaan. Kalau ingin merasai lebih mendalam, bacalah buku ini dan buku mini boleh dibawa kemana-mana sebagai motivasi diri berhijrah kepada yang lebih baik kerana kita manusia kadang kala segala peringatan kita lupa.




Gambar ini diambil dari laman web : http://www.jemputrezeki.com/

Ok kalian semua yg nak beli boleh ja cari dekat kedai2 buku Hasani dan banyak lagi
Kalau nak beli on9 pun boleh p tengok dekat web ni http://www.jemputrezeki.com/
Fb pun ada yg ni : https://www.facebook.com/JemputRezeki

Setakat ini dari saya. segala yang baik semuanya milik Allah. Post ini kerelaan saya dan tiada mana2 paksaan dari mana2 pihak.